27 March 2007

2nd Concert..Best.

I went to watched Akademi Fantasia 2nd weekly concert last Saturday..together with my other four 'dogoes' friends. It was held in MBPJ Auditorium Hall in Petaling Jaya. We arrived few minutes past 8pm and the show started at 8.30pm.

I was a bit worried right before the show since the 1st concert was a 'TOTAL JOKE' which triggered tonnes of negatives comment from viewers nationwide. I personally watched it on TV last week and I cannot help but agree with the rest..memang teruk.

Tapi yang saya heran, ramai juga penonton yang datang pada malam tu, walaupun konsert minggu lepas mendapat banyak kritikan. I can see it's a 'capacity crowd' in the auditorium dan suasana pun memang 'alive & kicking' hehe. Ramai juga para artis yang datang malam tu, yang sempat saya nampak seperti Marsha, Kefli, Reza, Nana, Bob, Nurul, Zainal Alam, finalis² 'Raja Lawak' dan tidak ketinggalan wartawan² hiburan seperti Klubkidd & JuanDanza.

Suasana di dalam auditorium pada malam itu memang Gempak, Gegaq, Happening & Meriah..energy penonton malam tu memang 'top gear', ditambah lagi dengan sorakan dari kumpulan² peminat terutama peminat Aizat, Dafi & Shawal (siurang ni peminat Candy kunun², tapi kurang gegaran abis bulum buat banner wakakaka..).

Saya dapat lihat & dapat rasa yang semua penonton memang terhibur(atau saya ja yang syok sendiri ni..hehe)..semua pun sporting bila sama² menyanyi, menari & bertepuk tangan. Ternyata 'tenaga' dari pelajar semasa membuat persembahan 'sampai' kepada penonton dan 'tenaga' dari penonton juga 'sampai' ke pelajar semula. 4 jam duduk dalam dewan pun tidak terasa wo hehe..

Overall, saya rasa konsert ke-2 AF5 ni memang BEST (dari segi mutu persembahan pelajar, suasana konsert yang 'happening' & pemilihan lagu²) dan sia rasa it was 'one of the best' in AF history (at least bagi mereka yang datang ke auditorium dan benar² merasai suasana 'konsert sebenar' + 'sound effect sebenar' la hehe..). Sebab sememangnya menonton di TV dan menonton secara 'live' jauh perbezaannya. Kalau boleh tiap minggu saya mau pi tengok LIVE CONCERT muahahaha... see how first la.

Saya tidak akan membuat ulasan & komen tentang persembahan pelajar² malam itu..because I DON'T CARE. Pokoknya guwe puashati & guwe happy banget muahahahaha. Tidak rugi & memang berbaloi bayar tiket RM20 hehe..

Check out some photos taken..using my N70 hehe. (NO CAMERA ALLOWED inside the auditorium..paham! hehe).

p/s: Masa tengok Heliza nyanyi 'live' macam ok ja, tapi bila tengok ulangan di TV..memang sangat ketara ada 'pitching' problem. Seperti si Hattan cakap..on & off pitch. Hmm..kesimpulannya, untung lah yang datang auditorium tengok 'live' coz semua pun dengar macam bessssttttt...wakakakaka...

23 March 2007

Juara baru All England tunaikan janji..

Sebelum bermula kejohanan All England yang baru lepas, Khoo Kien Keat telah berjanji akan 'membotakkan' kepala beliau sekiranya berjaya menjadi juara. Piala sudah dalam genggaman so janji harus ditunaikan hehehe..


Before


After

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (WBF) menyaksikan 'pasangan emas' negara Khoo Kien Keat-Tan Boon Heong melonjak ke kelompok 10 Terbaik Dunia buat pertama kali apabila menduduki tangga ke-10. Ini berikutan kemenangan di Terbuka Swiss baru-baru ini. Syabas..Malaysia Boleh!!

p/s Khoo Kien Keat bilang dia tidak buli kasi 'botak licin' kepala dia coz ada 'alergi' kulit. Hehe, betul ka tu..atau sengaja mau ikut stail Justin Timberlake muahahaha..

Keningau..lokasi penggambaran 'Aduh Saliha'

Breaking news!! (maka 'bangas' sudah ni cerita hehe..)..

Penggambaran filem 'Aduh Saliha' arahan M.Nasir akan dibuat di Sabah dan antara lokasi utama ialah di daerah Keningau (saja buat 'entry' ni coz..guess what? Aku Budak Keningau..wakaka). Pelakon utama filem ini nanti ialah Mawi 'world' tapi siapa bakal menjadi heroinnya masih menjadi tanda tanya (dengar cerita Erra Fazira...hmm, padan ke?). Sesi ujibakat juga telah diadakan di Keningau baru² ini untuk memilih pelakon tambahan..dan ada satu kawan dari Bingkor telah terpilih hahaha. 'Fames' la ko nanti ni Tama hehe..

Lebih ironik bila rumah OKK Sodomon dipilih sebagai lokasi utama filem tersebut kerana Sodomon Gunsanad tu ialah moyang saya.. (sounds 'riak' la pula hehe..). Oh ya, dua hari lepas saya sempat berkunjung ke rumah Felix AF3, dan Felix sendiri mengesahkan yang dia bakal berlakon dalam filem tersebut. Untuk cerita lanjut mengenai 'Aduh Saliha', baca artikel di bawah (article courtesy of
dBos-fm)

Note:
Informer dari Keningau bagitau, krew² produksi 'Aduh Saleha'
sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan untuk shooting yang dijangka
akan bermula pada hujung bulan April nanti.

21 March 2007

What is Chicken Pox..

Just in case you don't know what is Chicken Pox. Hehehe..

Nasib si burung pipit..

Seorang pemuda hensem yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?" "Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas.


Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


Moral of the story: Jangan nak menipu budak kecik.

Secebis pendapat..AF5

Kedudukan peratusan undian selepas berakhir Konsert pertama AF5 hari Sabtu lepas membuktikan DAFI sebagai calon 'favourite awal' bagi musim ini. Ternyata andaian dari banyak pihak(termasuk saya, hehe..) sebelum konsert bermula lagi yang Dafi bakal me'rai' banyak undi memang tepat dan Peratusan Undi telah membuktikan (it's not that difficult anyway, isn't it). So, SYABAS DAFI!!

DAFI (20%)
HELIZA (14%)
AIZAT (14%)
FATIN (9%)
ASWAD (9%)
FARHA (5%)
SHAWAL (5%)
RIZAL (5%)
AFIQ (4%)
EBI (4%)
DEKNA (3%)
NONI (3%)
CANDY (3%)
MILA (3%)

So, kepada peminat² FANATIK AF (termasuk 'pengkritik²' dan 'penganalisis²' harian hehehe), janganlah pula 'buat-buat' terkejut 'beruk'.. buat² hairan & buat² marah hehe.. Janganlah lagi ditanya 'mengapa & kenapa' Dafi mendahului carta peratusan undi, meninggalkan jauh perserta² lain (yang pada realitinya berada lebihkurang sama 'kelas' dengan Dafi sendiri) sedangkan anda sendiri sudah tau 'jawapannya'. Oh ya, by the way..Dafi tidaklah seteruk Amirul AF4 pun hehe.

Come on la..ini sudah musim yg ke-5..tak kan kamu belum 'masak' dengan tren 'pengundian' SMS di Malaysia ni.. Terimalah kenyataan, inilah 'realiti'.. dan anggaplah ini sebagai 'hiburan semata²'.. Tepuk dada tanya selera..muahahaha.







Dafi dapat lagu 'Pencinta Wanita' oleh Irwanshah untuk konsert ke-2 nanti. Sebuah lagu 'berhantu' yang memang sedang "Panas Hangat Hot Melatup-Latup" sekarang. So nampaknya no matter how bad Dafi will perform this song, I do not foresee him to be replaced at the Top..just yet, hehe. Do you?

20 March 2007

Pelanduk Dua Serupa..

Ada iras-iras pula rupa Dekna-AF5 & Serina Chef Wan..hehe

Amy Mastura - Cinta
(Lagu Tugasan Dekna di Konsert Ke-2 AF5)

Jika ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan
Hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang esa

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cinta
Kerana cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerna hidup kita lebih bahagia

19 March 2007

Gangstarz 2nd Concert

Semalam saya dan geng² 'the dogoes' telah berkesempatan ke Studio Finas untuk menyaksikan konsert ke-2 program realiti TV3.. Gangstarz. Tujuan utama kami ke konsert semata² untuk memberikan sokongan moral kepada wakil tunggal dari Sabah iaitu Evoke..

Kami sempat berjumpa dengan ahli² Evoke selepas durang buat persembahan. Sambil kami berborak² saya berasa agak simpati dengan 5 orang anak muda ini kerana tiada sesiapa yang menguruskan mereka di KL sepanjang Gangstarz ini berlangsung.. tambahan pula kesemua mereka tidak mempunyai keluarga terdekat di Kuala Lumpur dan kurang arif tentang persekitaran & cara hidup di sini.. Apa² pun, kami akan cuba untuk membantu durang ni sedaya yang termampu. Oh ya, sempat juga jumpa Alvin (anggota Infinatez..dari saaaana Ranau pula dia ni hehe) & Pierre Andre (hero filem Jangan Pandang Belakang..hehe) di belakang pentas selepas tamat konsert.

Here are few photos taken last nite to share with you guys..
Check it Out!!


Infinatez in action


Infinatez & The Lima


GuRaNgAK & Evoke


Evoke


The Lima


Evoke


The Dogoes & Evoke


With the hosts.. Faizal(OIAM) & Anne(HotFM DJ)


The Dogoes..hehehe.


Pierre Andre


Alvin (Infinatez)

p/s Klip video persembahan Evoke & Infinatez boleh dilihat di blog dBos-fm

15 March 2007

Pisau lipat siapa kah ini..??

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum. Lalu pelajar Senior itu pun mengambil pisau lipat tersebut dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat ditengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..Tak ada seorang pun yang berani mengaku..


Kemudian pelajar senior itu menambah.."Ayuh cepat.. mengaku aje la, lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!". Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.."Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar² masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu..."STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Voters for the 'worst' CELEBRATES...

After watching the American Idol Top 12 show lastnight, I've no doubt about who was 'the worst' performer on that night, it's got to be Sanjaya Malakar..next to be booted out from the show.


But wait..i can't decide, AMERICA...U DECIDE!
And guess what..the bottom three are:





I have nothing else to say..
See You Next Week, SANJAYA MALAKAR..
WakakakakAKAKAKAKakakakakaka...

14 March 2007

American Idol: Top 12 Show

Tidak sabar mau tunggu malam ni utk tgk American Idol Top 12 nyanyi. Semua orang sibuk pasal Akademi Fantasia (Dah Demam..?? Hehehe, biasalah tu mula² kan), tapi sia rasa belum ada apa² yg menarik berlaku selain kes si Aswad kena 'Chicken Pox'..kesian dia (teringat balik masa kena Chicken Pox 2 tahun lepas..MC 3 minggu wo..ish ish ish). Oh ya, ada lagi satu pula..si gedik Dekna suka lelaki 'hensem & chubby' wakakaka..Mau pancing undi ka tu? hehe..


Ok la, American Idol Top 12 Show malam ni akan didedikasikan utk Diana Ross dimana kesemua peserta akan menyanyikan lagu² beliau..hmm, ini menarik juga ni mau dengar peserta lelaki nyanyi lagu Diana Ross.



Seperti biasa, saya tidak sabar untuk mendengar peserta 'kesayangan ramai' Melinda Doolittle menyanyi. Siapalah agaknya yang dapat menyaingi Melinda malam ini, atau sekurang²nya menghampiri 'standard' si Melinda ni? Mungkinkah Lakisha, Jordin atau pun Blake? Sama²lah kita tunggu, lihat & dengar ok. Oh ya, macamana la pula agaknya persembahan si Sanjaya malam ni. Mungkinkah dia akan membuat 'kezutan'? Hmm..mungkin tidak.

Sanjaya Malakar

Tapi walau apapun yang bakal berlaku malam nanti, Sanjaya Malakar tetap telah 'melakar' sejarah tersendiri buat dirinya kerana berjaya mengaburi mata & telinga rakyat AS utk terus mengundi beliau dan terus meletakkan beliau sebaris dengan Melinda, Lakisha, Jordin, Chris & Blake dlm AI musim ke-6 ini. Seluruh Amerika telah mengenali beliau, malah seluruh dunia telah mengenali beliau..so 'who cares kalau dia terkeluar pun..', Aiman tak kesah..hehehe.

OK lah, berikut ada lah lagu² yg bakal dinyanyikan dalam American Idol Top12 Show malam ni:
  1. You Can't Hurry Love - Brandon Rogers
  2. Blasphemy - Melinda Doolittle
  3. Endless Love -Chris Sligh
  4. Love Child - Gina Glocksen
  5. Ain't No Mountain High Enough - Sanjaya Malakar
  6. Missing You - Haley Scarnato
  7. *no info* - Phil Stacey
  8. Motown - Lakisha Jones
  9. You Keep Me Hanging On - Blake Lewis
  10. Love Hangover - Stephanie Edwards
  11. The Boss - Chris Richardson
  12. If We Hold On Together - Jordin Sparks
p/s Nampaknya wakil 'tulun tokou' dlm AF5 si Candy belum menyerlah lagi..harap² 'malatop' dia nyanyi masa konsert nanti hehe.. Aramaitii!!

13 March 2007

Burung Oh Burung..

Cerita ini sekadar lawak hiburan semata²..tiada kena mengena kepada yg hidup atau yg sudah meninggal dunia..

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain.. "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi di cuba bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?", separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya..

Moral: Jangan 'pikir' yang bukan² (otak kuning).. 'burung' tu maksudnya burunglah.. paham..hehehe.

09 March 2007

24 Reasons Why Kota Kinabalu Jam..

Sia dapat satu email dari kawan (dia ni Sarawakian).. email pasal 24 sebab kenapa KK selalu 'traffic jam' hehe. Entah siapa la yg tulis ni email ni. Sia rasa lucu pula bila baca..so sia mau share sama pengunjung² GuRaNgAk Corner hari ni.. Kamu anggap sajalah ini sebagai 'lawak santai' di hari Jumaat kio.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan lah sempadan..paham..hehe. Check it out..

  1. SABAH TIME bah (Itulah sebabnya ada newspaper Sabah Times).
  2. Lambat bangun (gara-gara sikap SABAH TIMES).
  3. Teda LRT dan yang terlampau banyak itu BAS MINI.
  4. Pertambahan bilangan PTI (yang menyebabkan populasi bertambah secara mendadak).
  5. Terlampau banyak TRAFFIC LIGHTS.
  6. Satu saja tempat yang FAMOUS - KOTA KINABALU (Semua urang mau kerja di KK).
  7. Drive di lorong KANAN jika inda mau MEMOTONG Lidut-lidut bah, ini bapa sia punya JALAN. Paduli tu urang yang di belakang tengah susah hati mau RUSHING!
  8. Lesen P = Lesen Palui (bila dapat lesen Kopi O, kiri dan kanan pun masih anggap sama saja)
  9. 1 urang, 1 kereta.
  10. Flyover yang inda banyak (Lagi banyak, lagi bagus. Turus FLY FLY IN THE AIR! BUKKK!!! Accident)
  11. Bunyi BROOOMMMM yang kuat tapi inda LAJAK.
  12. BAS KURANG AJAR - Suka hati saja mau STOP walaupun teda sign BUS STOP.
  13. Jalan raya yang terlampau BANYAK lubang & kerinting.
  14. Inda pandai mau limpas bila sampai itu ROUNDABOUT.
  15. BOSS inda ada di ofis, jadi bulih lambah-lambat.
  16. Yahoooo!!! Hari ini dapat GAJI bah! Slalu awal bulan, bila urang dapat GAJI, ramai mau turun kk.
  17. Town planner tia pandai buat plan. Asal nampak ruang kosong, trus buat bangunan.Tapi tempat parking teda.So urang pun parking sini sana sampai terblok jalan.
  18. Satu jalan lurus dari Sutera Habour - Tang Dynasty - Api-Api - Centre Point - Sinsuran - Segama - Wisma Merdeka (Ada 7 traffic light)! Apa nda jam..
  19. Time pulang kerajaan dan swasta hampir sama waktu 5pm.
  20. Time time traffic, tu uncle polis p jadi tiang lampu traffic light.
  21. Uncle traffic p blok tu jalan roundabout dari anjung senja p roundabout mau masuk p centre point. (bikin panas)
  22. Bas-bas semua kunun-kunun ada lesen formula one.
  23. Bila jalan raya tu dua hala, sebelah kanan accident, sebelah kiri pandai slow. Semua penyibuk dan mau tinguk numbur..
  24. Semua sumandak Sabah lawa2, semua pun mau slow2 krita mau tingu!

Selamat berkerja & selamat berhujung minggu..

08 March 2007

16 Pelajar AF5

Senarai akhir pelajar bagi AF musim ke-5 sudah keluar..sama² la kita tunggu, lihat & dengar kehebatan diorang ni nanti ok. Pilih la 'kuda' kamu masing²..mengikut selera kamu masing².. kerana AFUNDI tu pun duit kamu masing²..muahahaha.