21 March 2007

Secebis pendapat..AF5

Kedudukan peratusan undian selepas berakhir Konsert pertama AF5 hari Sabtu lepas membuktikan DAFI sebagai calon 'favourite awal' bagi musim ini. Ternyata andaian dari banyak pihak(termasuk saya, hehe..) sebelum konsert bermula lagi yang Dafi bakal me'rai' banyak undi memang tepat dan Peratusan Undi telah membuktikan (it's not that difficult anyway, isn't it). So, SYABAS DAFI!!

DAFI (20%)
HELIZA (14%)
AIZAT (14%)
FATIN (9%)
ASWAD (9%)
FARHA (5%)
SHAWAL (5%)
RIZAL (5%)
AFIQ (4%)
EBI (4%)
DEKNA (3%)
NONI (3%)
CANDY (3%)
MILA (3%)

So, kepada peminat² FANATIK AF (termasuk 'pengkritik²' dan 'penganalisis²' harian hehehe), janganlah pula 'buat-buat' terkejut 'beruk'.. buat² hairan & buat² marah hehe.. Janganlah lagi ditanya 'mengapa & kenapa' Dafi mendahului carta peratusan undi, meninggalkan jauh perserta² lain (yang pada realitinya berada lebihkurang sama 'kelas' dengan Dafi sendiri) sedangkan anda sendiri sudah tau 'jawapannya'. Oh ya, by the way..Dafi tidaklah seteruk Amirul AF4 pun hehe.

Come on la..ini sudah musim yg ke-5..tak kan kamu belum 'masak' dengan tren 'pengundian' SMS di Malaysia ni.. Terimalah kenyataan, inilah 'realiti'.. dan anggaplah ini sebagai 'hiburan semata²'.. Tepuk dada tanya selera..muahahaha.







Dafi dapat lagu 'Pencinta Wanita' oleh Irwanshah untuk konsert ke-2 nanti. Sebuah lagu 'berhantu' yang memang sedang "Panas Hangat Hot Melatup-Latup" sekarang. So nampaknya no matter how bad Dafi will perform this song, I do not foresee him to be replaced at the Top..just yet, hehe. Do you?

No comments: