07 March 2007

Akademi Fantasia musim ke-5.. Is BACK!! Dah Demam..?


10 Mac 2007 bakal menyaksikan AF5 bermula. Suka atau tidak, sekali lagi malam² minggu anda akan 'dihantui' oleh konsert² mingguan AF hehe. Memburukkan keadaan lagi, bolasepak Liga Perdana England pun sudah hampir sampai ke kemuncaknya..susah la sia mau 'konsentret' tingu MU main ni tau huhuhuhu.

Banyak persoalan dan teka-teki menjelang bermulanya AF musim ke-5 ni.. siapa bakal Pengetua (dengar cerita Roslan Aziz akan dipilih hehe..best tu, garang) dan siapa pula bakal tenaga² pengajar kali ini. Yang pasti, pengacara & hos no.1 Malaysia.. 'Profesor Klon' Aznil Hj Nawawi masih dikekalkan. Oh ya..siapa pula bakal menggantikan tempat 'kerusi panas' Adlin Aman Ramli sebagai 'Pengkritik Tetap' musim ini? Ini yg tidak sabar mau tingu ni. Yang pasti bukan si Gidong la muahahaha...


Banyak yang telah diperkatakan oleh 'juri² profesional AWAM' di luar sana mengenai AF musim² yang lepas..ada yang bilang boring la.. stereotype la..hampeh la.. hehe. Tapi bagi sia, mesti mau tingu juga hehe. Bukannya apa, saya mau tingu sejauh mana kehebatan Astro menangani & sekaligus menepis komen² negatif penonton selama ini. Saya harap AF musim ke-5 ini ada lah perubahan & peningkatan dari segi kualiti dan program secara keseluruhan.. walaupun mungkin sedikit, tapi yg penting adalah. Jangan ulang 'kezutan² basi'.. tapi buat kezutan yang lebih 'power' & 'kaw kaw' muahahahaha... Biar sampai penonton di rumah dan di stadium 'kapisan' @ pengsan.. wakakaka!!

Oh ya, semalam pihak Astro telah mengeluarkan senarai akhir 36 bakal² pelajar lelaki AF5. Daripada 36 orang ini, seramai 12 orang akan dipilih untuk ke Konsert Prelude nanti. Dalam senarai 36 orang tu, saya terperasan ada 2 orang yang memakai 'tag audition' dari Sabah. Mungkin ada lagi Sabahan lain dlm senarai itu tapi mungkin durang join 'audition' di tempat lain e.g KL, Kedah atau Sarawak.

Saya pun tidak kenal siapa 2 orang ni, tapi sia harap durang akan layak ke Top 12 untuk 'beraksi' di Konsert Prelude nanti..supaya saya boleh 'menilai' kehebatans diorang ni.. (sia pun pandai juga jadi 'juri awam' ni kadang² hehehe..). So siapa² yang kenal diorang ni, buli la share² info ok. Sia dengar ada sorang tu dari Tambunan... hmm..ntah lah.. Aramaiti!!

1 comment:

josie said...

yg 1st gambar tu ada iras2 si danjoe, serupa bah kumis power rangers dorang..yang ke-2 tu...rambut afro tu bah yg bikin mahal...mudah-mudahan kali ni...sia ndka AFundi..wakakkakaka