Destination: Bukit Tabur, Gombak. Selangor.
Participants: GuRaNgAk, Gerald, Danjoe, LeoFantasia & Ijay
Objectives: Excursion, fresh air, self endurance, gain experience, great view, self belief, mental strength etc.
pastikan beraksi depan lensa sedozen dua..

..atau pun tiga dozen..kerana ini tidak akan menjejaskan
ekonomi negara pun. Di samping itu ia juga baik sebagai
senaman ringan sebelum mula memanjat.

Pastikan setiap langkahan menepati piawai dan kalau boleh biarlah penuh dengan tatatertib & tatasusila. Tetapi harus diingat, pada masa yang sama aksi lincah mendaki biarlah bergaya, kerana anda tidak akan tahu bilakah tangan² gatal akan mengambil kesempatan dalam kesempitan bermain-main dengan lensa di belakang anda. Walau apapun terjadi..Jangan Pandang Belakang!

Keringat yang mencurah bukanlah alasan. Letih lesu itu lumrah mendaki. Walau apa pun rintangan & halangan..pose tetap pose. Anda tidak akan tahu bila Sang Paparazzi akan bertindak.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..mungkin sebab itu la Jabatan Perhutanan Selangor memasang tali di sini..kerana ada jalan..menuju puncak.


Bukit bukan sebarang bukit..tersilap langkah boleh membawa maut. Konsentrasi 110% sudah pasti.. BERHATI di tebing curam..
BERAKSI di tempat selamat.
Dasar paparazzi..dia ada dimana jua anda berada.

Ikut hati mati..ikut rasa binasa. Kalau penat tu, bawa-bawa la berehat.
Bukan tujuan mencari JUARA bukit.
Tiada pengalah semua pemenang..
And the world will smile back at you..i hope so.

Nun jauh di sana kelihatan 'hutan konkrit' kota metropolitan.
Udara segar, nyaman di sini..bukan macam di sana.
Rehat sebentar ya pak..
Andai ku boleh terbang bagai rajawali..
Genting Highland.

Merenung masa depan yang tiada kepastian..
Menikmati keindahan alam semulajadi..
atau mungkin juga meredakan keletihan..
Di mana 100 Plus aku!!??

Uji fizikal..uji minda..Cabaran disahut.
Bolos saja diri anda..Redah je..!!

Sang unggas kesepian

Sang unggas kepenatan
Syukur lah semua selamat kembali ke tapak pendakian di kaki bukit
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan..Syabas!

Takde pacat pun..ikan ader le..

Ini lah dia si Bukit Tabur.
Cukup la sampai di sini, lain kali cerita lagi!!















































