26 February 2008

And my vote goes to the OPPOSITION..!!!

TANJONG DAWAI: Pakatan pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik diumumkan memenangi pilihan raya umum ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "hari ini (8 Mac) kita diumumkan menang, esok (9 Mac) kita umumkan penurunan harga minyak."


Katanya beliau tahu bagaimana hendak menguruskan ekonomi negara kerana selama menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 harga minyak tidak sekalipun dinaikkan.

"Tak payahlah nak bagi tau, saya taulah macam mana nak buat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu sewaktu berucap pada kempen pakatan pembangkang di pekan Tanjung Dawai di sini malam tadi.

Anwar berkata hasil keuntungan minyak Petronas yang berjumlah RM80 bilion akan "dipulangkan" kepada rakyat dengan menurunkan harga minyak dan secara tidak langsung akan menstabilkan harga barang.

Sumber: M-Online (BERNAMA)

13 comments:

Anonymous said...

ini sudah bagus ;D

Anonymous said...

kalau pembangkang buat pakatan betul-betul memang boleh capai lebih 2/3 sebab 222 kerusi yang BN tanding juga PKR, DAP & PAS tanding masing-masing 97, 58 & 67, kerajaan masih kekal dan bakal PM boleh pilih antara ANWAR, LIM atau NIK ^_^! "BARISAN KEADILAN DEMOKRATIK SEMALAYSIA"


BN = Barang Naik


Daftarlah Jadi Pemilih di SPR bila capai 21 tahun ke atas

GuRaNgAk said...

Semangat!! Semangat!! Semangat 46 ada lagi ka tu? :D

LeoFantasia a.k.a LEO said...

I bet banyaklah urang2 kana racun si anwar nie pasal kenaikan minya..masalahnya banyak urang di luar sana tidak tahu kenapa harus ada kenaikan minyak...jadi siapa2 yang tidak tahu tu, konfom la kena racun si anwar...Guys, minyak tetap akan naik...!!!...TIDAK PERNAH TURUN..!!..ini realiti dunia...jangan komplen2...urang yang komplen harga minyak naik tu, tidak tahu pasal ekonomi minyak dan apa yang sebenarnya Petronas n kerajaan buat...wanna know why..Ctc me...and Try Me...

Anonymous said...

KEBEBASAN BERKEMPEN ADALAH HAK KITA KERANA UNDI TETAP RAHSIA ;D JANGAN HILANGKAN HAK ITU.

dogoes said...

habis...sy inda tau ah, bemakan lah kamurang...

XiGorX said...

yup, I think oil price is a global issue..When it hikes, the oil price in the whole world will be realtively expensive..But then, if its true that Anwar can gurantee no hike in fuel price, we must be ready for a great change in our country's economics..UNDILAH party Bebas...hehehe

KaDusMama said...

Hi..just drop by to say hello..and mau tambah juga sikit lah komen..i don't think itu harga minyak akan turun..macam si xigorx cakap..global issue bah tu..so pandai2 lah voters suma..jan temakan janji manis orang2 pulitik nie..

Anonymous said...

ya betooolll...nampaknya ada urang menyokong komen sya..muahahahahaha....aikkk si YM tHe duDe diam aja nie...Try me bah...heheheheeheheh....men2 jak..

Ned Pungawon said...

hahaha.. urang keadilan rupanya.. tapi bro, kita kena fikir napa kerajaan terpaksa kasi naik harga minyak.. konsep ekonomi bro, u win one thing, u have to let go of one thing... kos lepas to be precise...

Ned Pungawon said...

paling senang sekarang, minyak mo habis suda jadi memang akan naik juga tu..

GuRaNgAk said...

Huh..!? Minyak mo habis? Mana pusat sumber ko baca ni? :D

whitedove said...

cuba fikir ni? gaji naik...tapi ada juga mau bonus...lepas tu harga minyak naik...ramai melenting! jadi bila la kita mau maju?...tapi bagus juga ni kalau ada pembangkang! apa yg penting...jgn muda percaya pada 'barang' yang baru...tgk2 dulu and check mana tau ada giuk...hehehe